CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 27, 2010

Sajak

Kota Mekah



Kota Mekah,
Namanya sungguh indah didengar,
Tempat penyucian dosa,
Manusia kunjungi ke Baitulllah mengharapkan maghfirah dari Allah,
Tempat untuk mendapat ketenangan jiwa,
Harapan mereka yang beriman untuk menjejakkan kaki ke Mekah,
Ia bagaikan Syurga bagi ummat Islam,
Cahaya mentari dan purnama,
Silih berganti menerangi seluruh kota Mekah,
Kaabah adalah kiblat kepada seluruh umat Islam,
Kemerduan suara azan dari Masjidil Haram tiada tandingannya,
Membuatkan manusia terpaku membisu,
Membisu kerana tersentuh dengan kesyahduan azan,
Merdunya meresap ke dalam jiwa,
Ia membuatkan jiwa menjadi tenteram dan tenang.


Kota Mekah,
Di sana terdapat ramai ummat Islam,
Mereka berada di sana semata-mata untuk beribadah,
Beribadah kepada Allah yang Maha Esa,
Beribadah dengan penuh keimanan dan kesungguhan,
Mereka hanya mendambakan keampunan dari Allah,
Harapan mereka agar pulang dengan Haji yang mabrur.

Sajak

Friday, January 22, 2010

Sajak

Doa Buat Kekasihku



Ya Allah,
Andai dikau takdirkan bahawa DIA untukku,
Andai DIA yang terbaik buatku,
Akan ku terimanya dengan hati yang redha,
Akan ku berusaha menjadi isteri solehah.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku amat menyintai dirinya,
Aku ingin sekali menjadi permaisuri di hatinya,
Biar seribu dugaan kau titipkan pada kami,
Biar ada yang cemburui percintaan kami,
Biar berlinangan air mata,
Tapi aku tetap menyintai dirinya.

Ya Allah,
Hatiku pedih dan fikiranku dalam kebuntuan,
Hatiku terluka dengan sikapnya yang penuh keegoan,
Mengapakah dirinya tidak pernah mahu menyelami hatiku,
Mengapakah diriku sering merindui belaian cinta darinya,
Merindui segala memori indah antara kami tika bersama,
Aku ingin sekali dirinya mengucapkan cinta padaku.

Thursday, December 24, 2009

My Bisnes

Hi everyone:

Currently i'm doing some bussiness in variety of Galz clothing, books & more. I will update my blog with the photos of products that i sell. Just wait & see:)

Monday, December 8, 2008

Persahabatan

Persahabatan adalah suatu nikmat yang amat mudah kita rasai.Tapi,apakah erti persahabatan?

Persahabatan adalah bersahabat antara lelaki dan perempuan.Bila kita ingin berkawan,kita perlulah pandai memilih kawan.Berkawanlah dengan org2 yg baik,kerana kawan dapat mempengaruhi kehidupan kita.

Contohnya,jika kawan kita baik akhlaknya,rajin beribadah,rajin belajar dan suka menolong org2 yg susah,kita juga akan terpengaruh dengannya.Kita juga akan menjadi seperti kawan kita itu.Kawan yang baik,adalah bagai minyak wangi yg harum baunya.Jika kita berkawan dengannya,kita ibarat trkena harumannya dan ia akan melekat di baju kita.Begitulah perumpamaannya.Jika kita berkawan dengannya,kita akan terasa kehangatan ukhuwwah Islamiyah ketika bersamanya,kerana dia dapat membimbing kita dan akan selalu menggingatkan kita kepada Allah dan menunjukkan kepada kita jalan ke Syurga.Alangkah indahnya bersahabat dgn mereka.

Walau bagaimanapun,ada 1 lagi sahabat yg boleh menjadi penghibur duka lara kita,ketika kita sedang bersedih.Siapakah dia?Dia adalah Al-Quran,yg kita boleh membawanya kemana sahaja kita berada ,kecuali tandas.Bawalah dia kemana pun kita pergi,kerana bila kita kesunyian,dia boleh menemankan kita,ketika kita bersedih,kita akan terhibur dengan ayat2 suci Al-Quran dan bila kita membaca kisah2 yg bahagia seperti cerita tentang Syurga.Renungkanlah.

Kesimpulannya,persahabatan adalah suatu harta yang tk ternilai harganya.Maka itu,hargailah dan sayangilah serta bermesralah dengan sahabat2 kita yg baik,selagi mereka masih hidup.Apabila mereka tiada,maka,hilanglah 1 harta dari hidup kita.Sahabat ibarat mutiara di dasar lautan yg mahal harganya,dan ia adalah harta yg mahal,yg susah hendak kita jumpa dlm hidup kita.

Wednesday, May 28, 2008

Soal hati

Hati!Kadang-kala,sukar utk kita memahami hati kt sendiri.Hati sering dikaitkan dgn perasaan cinta.Namun,apakah erti cinta yg sebenarnya?

Cinta yg hakiki hanya kpd Allah.Cintailah Dia,nescaya kamu tidak akan kecewa.Raihlah cintaNYA.

Cinta kpd manusia,ada yg akan mengecewakan kt.Hati manusia bisa berubah pada bila2 masa sahaja.Benci bertukar jd cinta.Cinta bertukar jd benci.Kadang-kala,org yg kita benci itu adalah yg terbaik buat kt.Kadang-kala pula,org yg kita cintai itu bukan yg terbaik buat kita.Memang manusia tidak dapat mengetahui sape yg terbaik utk kita.Untuk mengetahui yg terbaik buat kita,hanya dgn 1 cara,iaitu dgn beristikharah.

Dgn bersolat Istikharah,kita akan mendapat jawapannya.Sape yg terbaik buat kita.Nah,bila kita sudah tahu org itu yg terbaik buat kita,buatlah apa yg patut.Jgnlah kamu pilih org yg bukan terbaik buat kita,nanti kita yg akan merana.Jika kita memilih yg terbaik buat kita,kita akan hidup senang,InsyaAllah.Bila byk kali kita buat Istikharah,tetapi jawapannya tetap sama,walaupun byk dugaan yg melanda yg menggugat kemantapan hati kita,maka,bersabarlah dlm menempuh ujian itu.Mungkin Dia mahu menguji sejauh mana kemantapan hati hambaNYA.Sebelum lakukan solat Istikharah,maka,jgnlah kita memilih dahulu sape yg mahu kita pilih,sebab,ianya seolah2 kita tidak ikhlas meminta petunjuk dari Allah.

Monday, September 10, 2007

Kedukaan dan kekecewaan adalah ujian

Setiap manusia yg beriman,pasti akan duji dgn berbagai2 jenis ujian.Semua i2 adalah utk menguji sejauh mana keimanan kita...jika kita bersabar dlm menempuh ujian i2,InsyaAllah akan dberi pahala yg besar & mendapat ganjaran,InsyaAllah...ingatlah bahawa ujian adalah rahmat Allah,tanda kasih sayang Allah pada hambaNya yg beriman...jika kita duji,i2 bermakna,Allah sayang kita...& ujian adalah sebagai penebus dosa kt...sebelum kita meninggal...

Contoh2 ujian adalah seperti;

1-Apabila kita kehilangan org yg kt syg.

2-Jika kita kehilangan kawan atau kawan dengki dgn kita.

3-Jika kita kecewa yg begitu dlm dgn seseorg.

4-Jika kita jatuh sakit atau ditimpa musibah.

5-Jika kita kehilangan anak.

Additional points on no 5:

~~>Di akhirat,timbangan org yg kehilangan anak sebelum umur balighnya,akan menjd lebih berat dgn kain yg diletakkan di timbangan i2,mungkin kain kafan anak yg meninggal i2,Wallahua'lam...maka,semakin cerah lah peluang org i2 4 masuk ke Syurga...InsyaAllah...